Perhatian





Sunday, December 28, 2008

salam,
yeaaargh i'm back
its long time i'm not update this blog.
holiday season right now. Busy with my family.
tight schedule in this holiday.

With that my planning to make a wedding photo business was cancel.

arghhhh, cannot upload any image right now la pulak.

Saturday, November 15, 2008

Petikan soal-jawab agama dari Harakah 14nov08

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul - Haron Din
Dato' Dr Haron Din Fri Nov 14, 08 10:03:23 am MYT

SOALAN:
Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato' jelaskan. - MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat


JAWAPAN:
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT. Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang. Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya. Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.
Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan. Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan. Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya. Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta. Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak. Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui." Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka. Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman. Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian. Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam

Friday, November 14, 2008

School annual sport championship part 1

On 5th & 6th nov was held my school annual sports championship at keningau sport complex. Not much good pic can i shoot due to my duty (p.a & m.c).





to all event officer and participant, thanks for your commitment. For the winners, congratulation and go futher for the excelent. For the losers don't give up and try more harder next year.


Wednesday, November 12, 2008

Aidiladha kian hampir

Salam. About a month we will meet the AidilAdha. Another big day for muslim to celebrate. Celebrate only to ALLAH SubhanahuWaTaala.

" Hikmah dan faedah Haji serta Umrah
Firman ALLAH Taala
"supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama ALLAH, pada hari-hari tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak ( untuk dijadikan jorban ); dengan yang demikian makanlah kamu dari ( daging ) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang-orang yang susah, yang fakir miskin." (Al-Haj: ayat 20)

Hikmah dan faedah:
1. Perhimpunan orang-orang Islam.
2. Menghidupkan hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti.
3. Mengikat seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah al-Mukarramah.
4. Menjadi salah satu lambang persamaan sesama muslim.
5. Haji merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin kepada keadaan bapa-bapa mereka dan keadaan para Nabi dan Rasul yang terdahulu.
6. Manfaat tambahan kepada semuaini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir.
7. Tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, memikul keperitan dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Mentarbiah akhlak untuk merendah diri, bertolak ansur dan saling memaafkan. Mentarbiah jiwa untuk berkorban, berusaha, bersedekah dan berbuat baik. Mentarbiah perasaan supaya berada dalam keadaan suci."

p/s: article was taken from "Kitab Fikah Mazhab Syafie, jilid 2, writen by Dr. Mustofa AL-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho and Ali Asy-Syarbaji , page 475-479"

Tuesday, November 11, 2008

memori syawal part 3

Syawal is the time we meet our sedara mara. Long time I'm not meet them since last syawal 1428hijrah. I will meet them during again this end year school holiday. Some of my cousin will marry during school holiday.


my nephew and niece at aloq staq


my cousins. Alang(pakteh son), najib, ayanyah(this uncle la), padil n nazreen

my cousin underage (hihihi). for these I don't know their name. Actually I had almost 40 cousins.
p/s....sorry my english not well. Still in learning. Guide me.

Saturday, November 8, 2008

Ku Rindui Roh Ramadhan

salam. Ermmm sudah sebulan Ramadhan Al-Mubarak telah berlalu. Kelmarin dalam khutbah jumaat kat tmpat aku imam telah mengatakan Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Suatu bulan yang mentarbiahkan diri kita untuk bertakwa kepada Allah. Suatu bulan yang kita dapat melihat masjid-masjid dipenuhi dengan jemaah yang hadir untuk menunaikan ibadah solat Isyak dan seterusnya Ibadah sunat Terawih.

bagaimapun imam telah meninggalkan suatu tanda tanya kepada ku adakah aku telah mendapat keberkatan Bulan Ramadhan tersebut, adakah aku telah meningkatkan ketakwaan aku kepada ALLAH.

Kini telah masuk bulan Zulkaedah, seperti yang telah diperkatakan oleh imam tersebut, masjid kini telah kembali sepi hanya didatangi oleh segelintir sahaja jemaah.

ALLAH tidak pernah mengira dalam pemberian RahmatNYA kepada hamba-hambanya. Tetapi bagaimana dengan kita, tanggungjawab kita kepada ALLAH.

Ya ALLAH ya Tuhanku, aku hamba mu yang lemah. Pandulah aku Ya ALLAH, Pimpinlah Aku Ya ALLAH, Kepada mu Ya ALLAH kami sembah dan kepadamu Ya ALLAH kami memohon pertolongan.

Friday, November 7, 2008

salam. ari sabtu lepaih aku bawak keluarga tercinta aku pi pesta sukaria. Aku akgum ngan ank anku si nurul sebab anak aku telah manjimatkan kantung poket aku. hahahahah. Mana taknya sebelum aku nak pi, dalam kepala aku ingat mungkin dalam RM50 la aku akan belanja kat pesta sukaria tu, tapi Alhamdulillah cuma RM4 ja aku belanja. Anak aku takut nak naik suma permainan kat pesta sukaria kat situ.







Wednesday, November 5, 2008

Suatu malam di pesta sukaria keningau.

maka tersebutlah kisah disuatu pekan bernama keningau telah datanganya segerombolan pasukan sukaria membentangkan hamparan habuan sukaria bagi penduduk keningau ini. Adapun telah tersentuhlah hati-hati penggila DSLR dari pekan ini kerana ingin mahu mengambil sebarang dua tiga imej pesta sukaria di waktu malam. Maka dengan tidak mengira malam dan dinginnya maka penggila-penggila DSLR ini pergilah dengan berbondong-bondong alatan DSLR ke sana. Adalah ingin dinyatakan maka dapat lah penggila-penggila DSLR itupun akan hasilnya imej tersebut.







Monday, November 3, 2008

aku kat kolumpo

baru ni aku pi outstation kat kolumpo. Ada meeting. Buat pertama kalinya aku bawak alat mainan Alpha 200 aku pi bermeeting sekali ngan aku. Hmm tak banyak imej yang menarik dapat aku amik. Just snap n shoot ja. Takdala nak cari angle2 yang menarik. Terkejar ngan masa.














Saturday, November 1, 2008

trip to pulau sapi part 2.

beberapa imej yang sempat aku amik semasa dalam perjalanan pulang dari pulau sapi aritu.






Friday, October 31, 2008

memori syawal 1429 part 2

Tok sedang berjalan pulang dari rumah aku. Ni waktu petang dal kul 3.00. baru selesai buat kuih makmur and balaut ketupat palas ngan mak aku. Rumah tok aku ni tak jauh ngan rumah aku. Selang 2 lot tanah ja.




ni anak aku tengah praktis skate. nak buat kelainan, main skate kat padang.


haaa. ni dia gambar keluarga mertua aku. weeeii mana gambaq akuuuuu.


Wednesday, October 29, 2008

memori syawal 1429




ini dia my hero. Abah aku le. tengah dok mesin/ motong rumput
kat laman rumah. Aku motong gak, tapi manyak mengulat la. hahahah
Ni kami kerja 3hari sebelum raya.








anak aku si nurul dok main ngan sepupunya haznirah n makciknya si mashitah

macam macam la depa ni

ni pulak adik aku Farok. tengah tahan posa ni. manja sikit, biasala anak bongsu






pertabalan pengakap kat skol aku


vowel pengakap


protokol pertabalan


ni bukan scout punya belt. aiyaaa








vowel pengakap.








Monday, July 21, 2008

Bertugas di pulau sapi.

Salam,
10hb julai aritu aku telah pergi bertugas di pulau sapi. NI untuk kelab pendidikan luar. adala bawa 50orag murid n 12 orang guru. Pi sana 4hari 3malam ja.


Kami bertolak dari jeti jesellton kk. tempah 2 buah bot. Setiap bot boleh muat 25-30orang. Dekat kul 12thg kami ber tolak. Kira labih kurang 10minit ja perjalanan dari jeti ke pulau sapi.




gambar sebelah ni jeti di pulau sapi.



yang ni adalah salah satu aktiviti yang kami adakan kat pulau sapi.
Tak banyak gambar yang dapat aku ambil sebab takdak masa untuk amik gambar.

aku akan balik beraya tahun ni.

Salam.
lama dah tak masuk post dalam blog aku ni. bukannya apa masa tak mengizinkan.
Hmmm. lagi sebulan setengah kita umat Islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan yakni bulan ramadhan. Rukun Islam yang ketiga akan dilaksanakan. Moga segala amalan untuk mendapat keredhaan ALLAH akan bertambah dan menebal dalam diri kita. InsyaALLAH.

Untuk pengetahuan semua khususnya famili-mili aku, aku n famili akan balik beraya. Sempatla nanti berpuasa di Potong Pinang n Lahar Budi.

Friday, July 4, 2008

Tak jadi Pi Tawau.

salam.





Aritu cuti sek lepaih, aku n family tak pi pun ke tawau macam yang dirancang.





Bukan apa, sumber kewangan nak pi ke sana dah kami guna untuk keperluan lain.


Pi beli set sofa na aku melabur sikit dalam MLM Shaklee.





Tak pi tawau, kami pi tempat rutin saja la, apalagi ke KK, tuaran n tamparuli la. Mula2 kami pi tuaran la pi ziarah tok andak. Macam biasa tok andak n famili sihat cuma dok kalut lagi ngan restoran. Depa tengah cari chef baru.





Esoknya kami pi rumah Asmah kawan kepada isteri aku. Pi tengok rakyat malaysia yang baru l;ahir (anak Asmah). Dok la kat sana dalam 3 jam. Rancak jugak isteri aku berbual, dah lama tak jumpa katakan. Tapi tula suami Asmah tak da aritu. Pi keje le. Peh tu pi rumah kerol kat kosan, dah besar anak dia. dah tak malu lagi dah macam sebelum ni.





Sebenarnya sebelum pi rumah Asmah n kerol kami pi Taman Buaya Tuaran dulu. Kat bawah ni gambar-gambarnya.



Gambar kat atas ni masa baru sampai kat Tman Buaya Tuaran. Si Nurul dok kalut la ngan payung dia. Aku beli kat pekan tuaran kelmarin. Anak lelaki takda dalam ni sebab aku yang dukung.

Tuesday, May 13, 2008

Kesan Lintas Langsung Dewan Rakyat. Kebenaran yang selama ini diselindung.

Assalamu'alaikum.

apa habaq. hari ni hari selasa. Takdak apa yang istimewa melainkan family aku.

baru tadi aku pi surf kat you tube nak tonton perkembangan persidangan dewan rakyat untuk arini. ada satu perbahasan dari yb kalabakan dan kimanis. YB ni telah lepaihkan luahan dan geram kat kerajaan persekutuan. Takdak keadilan dan negeri sabah serawak seperti dianaktirikan. Hujah depa kerajaan BN yang kepalanya Pak Lah tak bagi post menteri yang berprofil tinggi kat wakil Sabah dan Sarawak. Dan lagi satu tak banyak peruntukkan diberi kepada Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan, kesihatan dan pendidikan. Lagi depa kata kalau camni la gayanya dan takdak tindakan dari pihak atasan depa kata depa leh kuar parti BN dan tubuh parti lain dan duduk sekali dengan pembangkang.

Ni bukan aku yang memandai tulih. kalu tak caya leh pi kat PAS TV. Dari pandangan aku, memang pun. Macam Paklah ni tak pikir ka, yang BN menang PRU 12 aritu sumanya sebab Sabah dan Sarawak. Paklah wei the sleeping beuty sedarla, orang kat borneo ni makin panas wei.

dari pengamatan aku yang sememangnya berada kat keningau sabah ni, perlu diberi perhatian yang lebih untuk sebelah borneo ni. Banyak sangat kekurangannya. Malaysia ni dah 50 tahun merdeka tapi perbezaan antara penisula dan borneo ni macam langit dan bumi.

Aku kat sini kesian tengok orang-orang kat sini. Pemikiran depa kat sini masih lagi terkebelakang macam zaman peninsula di jajah british. Takdak cita-cita. Ini sebabnya orang kat sini tak diberi pendedahan tentang pembangunan insan dan pembangunan infrastruktur.

Awat la orang-orang Bn ni pandang sebelah mata ja sebelah borneo ni. mai sini pun sebab nak dekat pilihanraya. kira 4 tahun sekali la.

Aku rasa kenyataan Anwar Ibrahim yang kononnya Pakatan Rakyat akan meneraju tampuk pemerintahan negara boleh jadi kenyataan.

Friday, May 9, 2008

nak pi Tawau



Assalamu'alaikum




Lama dah tak menulis dalam blog aku ni. Lagi 2 minggu lagi dah nak mula cuti persekolahan pertengahan tahun. 2 minggu cuti. Aku dan keluarga bercadabg nak pi ronda-ronda ke Tawau. InsyaAllah mudah-mudahan.




Haaa bawah ni ada gambar anak aku. Nurul Syadiyah dan Ahmad Hilman.


gambar ni aku ambil di kota kinabalu kat playground di central point
yang ni ambil kat rumah sewa aku dikeningau.
anak-anak aku ni la pengubat bosan aku dan isteri aku di keningau. Ya Allah jadikanlah zuriat-zuriatku ini anak yang soleh dan solehah. Amin

Sunday, March 16, 2008

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Untuk kali ini, ingin saya memberitahu hobi atau aktiviti kegemaran iaitu fotografi. Bagaimanapunpun hobi ini baru sahaja saya ceburi secara mendalam.

Gambar di sebelah ini adalah permandangan yang sempat saya ambil di belakang rumah keluarga isteri kg Lahar Budi Alor setar Kedah. Permandangan ini diambil pada pukul 2 petang di bawah terik cahaya matahari.

Tujuan saya mengambil pemandangan ini adalah untuk memahirkan diri menggunakan "shutter speed" di mana saya telah melaraskan "shutter speed" kepada 1/400.

Saturday, March 15, 2008

Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

pertama sekali aku amat bersyukur ke hadrat Allah pencipta seluruh alam ini kerana telah mengurniakan kesejahteraan dan kemuliaan ke atas diri ini yang amat hina disisiNya.

Ramai yang mengetahui, bahawa di Malaysia ini baru sahaja melepasi satu fasa yang amat penting iaitu pilihanraya umum ke 12. berbagai perkara menarik dan kurang menyenangkan telah berlaku di sepanjang tempoh PRU 12 ini. Bermula dari pembubaran parlimen pada pertengahan bulan januari, hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari PRU 12 dan seterusnya kepada keputusan PRU 12.

Daripada rentetan perjalanan PRU 12 ini, aku sekali lagi memanjaykan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan disepanjang PRU 12 yang lalu dan aku memohon agar keadaan ini akan kekal sampai ke hari Akhirat. InsyaAllah.