Perhatian





Saturday, November 8, 2008

Ku Rindui Roh Ramadhan

salam. Ermmm sudah sebulan Ramadhan Al-Mubarak telah berlalu. Kelmarin dalam khutbah jumaat kat tmpat aku imam telah mengatakan Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Suatu bulan yang mentarbiahkan diri kita untuk bertakwa kepada Allah. Suatu bulan yang kita dapat melihat masjid-masjid dipenuhi dengan jemaah yang hadir untuk menunaikan ibadah solat Isyak dan seterusnya Ibadah sunat Terawih.

bagaimapun imam telah meninggalkan suatu tanda tanya kepada ku adakah aku telah mendapat keberkatan Bulan Ramadhan tersebut, adakah aku telah meningkatkan ketakwaan aku kepada ALLAH.

Kini telah masuk bulan Zulkaedah, seperti yang telah diperkatakan oleh imam tersebut, masjid kini telah kembali sepi hanya didatangi oleh segelintir sahaja jemaah.

ALLAH tidak pernah mengira dalam pemberian RahmatNYA kepada hamba-hambanya. Tetapi bagaimana dengan kita, tanggungjawab kita kepada ALLAH.

Ya ALLAH ya Tuhanku, aku hamba mu yang lemah. Pandulah aku Ya ALLAH, Pimpinlah Aku Ya ALLAH, Kepada mu Ya ALLAH kami sembah dan kepadamu Ya ALLAH kami memohon pertolongan.

No comments: