Perhatian
Sunday, October 25, 2009
Saturday, October 24, 2009
Thursday, October 22, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Antara Lima Puluh Amalan Terbaik Dalam Hidup
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya fitnah..
24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) - Bukhari.27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang .
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Daud.38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu daud.46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, beliau beredar.48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Monday, October 12, 2009
product profile
tonight i was practice to take a product profile. Using my simple gear (standard zoom lens and 1unit HVL42m falashlight). With apature f/16, shutter speed 6second and focal lenght 55mm the image like above. By using only 1 flash light and had been triggers 3 times (left side, right side and upper side. All flash triggers point to background with 1/8 power).