Perhatian





Friday, October 31, 2008

memori syawal 1429 part 2

Tok sedang berjalan pulang dari rumah aku. Ni waktu petang dal kul 3.00. baru selesai buat kuih makmur and balaut ketupat palas ngan mak aku. Rumah tok aku ni tak jauh ngan rumah aku. Selang 2 lot tanah ja.




ni anak aku tengah praktis skate. nak buat kelainan, main skate kat padang.


haaa. ni dia gambar keluarga mertua aku. weeeii mana gambaq akuuuuu.


Wednesday, October 29, 2008

memori syawal 1429




ini dia my hero. Abah aku le. tengah dok mesin/ motong rumput
kat laman rumah. Aku motong gak, tapi manyak mengulat la. hahahah
Ni kami kerja 3hari sebelum raya.








anak aku si nurul dok main ngan sepupunya haznirah n makciknya si mashitah

macam macam la depa ni

ni pulak adik aku Farok. tengah tahan posa ni. manja sikit, biasala anak bongsu






pertabalan pengakap kat skol aku


vowel pengakap


protokol pertabalan


ni bukan scout punya belt. aiyaaa








vowel pengakap.








Monday, July 21, 2008

Bertugas di pulau sapi.

Salam,
10hb julai aritu aku telah pergi bertugas di pulau sapi. NI untuk kelab pendidikan luar. adala bawa 50orag murid n 12 orang guru. Pi sana 4hari 3malam ja.


Kami bertolak dari jeti jesellton kk. tempah 2 buah bot. Setiap bot boleh muat 25-30orang. Dekat kul 12thg kami ber tolak. Kira labih kurang 10minit ja perjalanan dari jeti ke pulau sapi.




gambar sebelah ni jeti di pulau sapi.



yang ni adalah salah satu aktiviti yang kami adakan kat pulau sapi.
Tak banyak gambar yang dapat aku ambil sebab takdak masa untuk amik gambar.

aku akan balik beraya tahun ni.

Salam.
lama dah tak masuk post dalam blog aku ni. bukannya apa masa tak mengizinkan.
Hmmm. lagi sebulan setengah kita umat Islam akan menyambut bulan yang penuh keberkatan yakni bulan ramadhan. Rukun Islam yang ketiga akan dilaksanakan. Moga segala amalan untuk mendapat keredhaan ALLAH akan bertambah dan menebal dalam diri kita. InsyaALLAH.

Untuk pengetahuan semua khususnya famili-mili aku, aku n famili akan balik beraya. Sempatla nanti berpuasa di Potong Pinang n Lahar Budi.

Friday, July 4, 2008

Tak jadi Pi Tawau.

salam.





Aritu cuti sek lepaih, aku n family tak pi pun ke tawau macam yang dirancang.





Bukan apa, sumber kewangan nak pi ke sana dah kami guna untuk keperluan lain.


Pi beli set sofa na aku melabur sikit dalam MLM Shaklee.





Tak pi tawau, kami pi tempat rutin saja la, apalagi ke KK, tuaran n tamparuli la. Mula2 kami pi tuaran la pi ziarah tok andak. Macam biasa tok andak n famili sihat cuma dok kalut lagi ngan restoran. Depa tengah cari chef baru.





Esoknya kami pi rumah Asmah kawan kepada isteri aku. Pi tengok rakyat malaysia yang baru l;ahir (anak Asmah). Dok la kat sana dalam 3 jam. Rancak jugak isteri aku berbual, dah lama tak jumpa katakan. Tapi tula suami Asmah tak da aritu. Pi keje le. Peh tu pi rumah kerol kat kosan, dah besar anak dia. dah tak malu lagi dah macam sebelum ni.





Sebenarnya sebelum pi rumah Asmah n kerol kami pi Taman Buaya Tuaran dulu. Kat bawah ni gambar-gambarnya.



Gambar kat atas ni masa baru sampai kat Tman Buaya Tuaran. Si Nurul dok kalut la ngan payung dia. Aku beli kat pekan tuaran kelmarin. Anak lelaki takda dalam ni sebab aku yang dukung.

Tuesday, May 13, 2008

Kesan Lintas Langsung Dewan Rakyat. Kebenaran yang selama ini diselindung.

Assalamu'alaikum.

apa habaq. hari ni hari selasa. Takdak apa yang istimewa melainkan family aku.

baru tadi aku pi surf kat you tube nak tonton perkembangan persidangan dewan rakyat untuk arini. ada satu perbahasan dari yb kalabakan dan kimanis. YB ni telah lepaihkan luahan dan geram kat kerajaan persekutuan. Takdak keadilan dan negeri sabah serawak seperti dianaktirikan. Hujah depa kerajaan BN yang kepalanya Pak Lah tak bagi post menteri yang berprofil tinggi kat wakil Sabah dan Sarawak. Dan lagi satu tak banyak peruntukkan diberi kepada Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan, kesihatan dan pendidikan. Lagi depa kata kalau camni la gayanya dan takdak tindakan dari pihak atasan depa kata depa leh kuar parti BN dan tubuh parti lain dan duduk sekali dengan pembangkang.

Ni bukan aku yang memandai tulih. kalu tak caya leh pi kat PAS TV. Dari pandangan aku, memang pun. Macam Paklah ni tak pikir ka, yang BN menang PRU 12 aritu sumanya sebab Sabah dan Sarawak. Paklah wei the sleeping beuty sedarla, orang kat borneo ni makin panas wei.

dari pengamatan aku yang sememangnya berada kat keningau sabah ni, perlu diberi perhatian yang lebih untuk sebelah borneo ni. Banyak sangat kekurangannya. Malaysia ni dah 50 tahun merdeka tapi perbezaan antara penisula dan borneo ni macam langit dan bumi.

Aku kat sini kesian tengok orang-orang kat sini. Pemikiran depa kat sini masih lagi terkebelakang macam zaman peninsula di jajah british. Takdak cita-cita. Ini sebabnya orang kat sini tak diberi pendedahan tentang pembangunan insan dan pembangunan infrastruktur.

Awat la orang-orang Bn ni pandang sebelah mata ja sebelah borneo ni. mai sini pun sebab nak dekat pilihanraya. kira 4 tahun sekali la.

Aku rasa kenyataan Anwar Ibrahim yang kononnya Pakatan Rakyat akan meneraju tampuk pemerintahan negara boleh jadi kenyataan.

Friday, May 9, 2008

nak pi Tawau



Assalamu'alaikum




Lama dah tak menulis dalam blog aku ni. Lagi 2 minggu lagi dah nak mula cuti persekolahan pertengahan tahun. 2 minggu cuti. Aku dan keluarga bercadabg nak pi ronda-ronda ke Tawau. InsyaAllah mudah-mudahan.




Haaa bawah ni ada gambar anak aku. Nurul Syadiyah dan Ahmad Hilman.


gambar ni aku ambil di kota kinabalu kat playground di central point
yang ni ambil kat rumah sewa aku dikeningau.
anak-anak aku ni la pengubat bosan aku dan isteri aku di keningau. Ya Allah jadikanlah zuriat-zuriatku ini anak yang soleh dan solehah. Amin

Sunday, March 16, 2008

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Untuk kali ini, ingin saya memberitahu hobi atau aktiviti kegemaran iaitu fotografi. Bagaimanapunpun hobi ini baru sahaja saya ceburi secara mendalam.

Gambar di sebelah ini adalah permandangan yang sempat saya ambil di belakang rumah keluarga isteri kg Lahar Budi Alor setar Kedah. Permandangan ini diambil pada pukul 2 petang di bawah terik cahaya matahari.

Tujuan saya mengambil pemandangan ini adalah untuk memahirkan diri menggunakan "shutter speed" di mana saya telah melaraskan "shutter speed" kepada 1/400.

Saturday, March 15, 2008

Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

pertama sekali aku amat bersyukur ke hadrat Allah pencipta seluruh alam ini kerana telah mengurniakan kesejahteraan dan kemuliaan ke atas diri ini yang amat hina disisiNya.

Ramai yang mengetahui, bahawa di Malaysia ini baru sahaja melepasi satu fasa yang amat penting iaitu pilihanraya umum ke 12. berbagai perkara menarik dan kurang menyenangkan telah berlaku di sepanjang tempoh PRU 12 ini. Bermula dari pembubaran parlimen pada pertengahan bulan januari, hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari PRU 12 dan seterusnya kepada keputusan PRU 12.

Daripada rentetan perjalanan PRU 12 ini, aku sekali lagi memanjaykan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan disepanjang PRU 12 yang lalu dan aku memohon agar keadaan ini akan kekal sampai ke hari Akhirat. InsyaAllah.