Perhatian





Sunday, March 16, 2008

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Untuk kali ini, ingin saya memberitahu hobi atau aktiviti kegemaran iaitu fotografi. Bagaimanapunpun hobi ini baru sahaja saya ceburi secara mendalam.

Gambar di sebelah ini adalah permandangan yang sempat saya ambil di belakang rumah keluarga isteri kg Lahar Budi Alor setar Kedah. Permandangan ini diambil pada pukul 2 petang di bawah terik cahaya matahari.

Tujuan saya mengambil pemandangan ini adalah untuk memahirkan diri menggunakan "shutter speed" di mana saya telah melaraskan "shutter speed" kepada 1/400.

Saturday, March 15, 2008

Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

pertama sekali aku amat bersyukur ke hadrat Allah pencipta seluruh alam ini kerana telah mengurniakan kesejahteraan dan kemuliaan ke atas diri ini yang amat hina disisiNya.

Ramai yang mengetahui, bahawa di Malaysia ini baru sahaja melepasi satu fasa yang amat penting iaitu pilihanraya umum ke 12. berbagai perkara menarik dan kurang menyenangkan telah berlaku di sepanjang tempoh PRU 12 ini. Bermula dari pembubaran parlimen pada pertengahan bulan januari, hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari PRU 12 dan seterusnya kepada keputusan PRU 12.

Daripada rentetan perjalanan PRU 12 ini, aku sekali lagi memanjaykan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan keamanan dan kesejahteraan disepanjang PRU 12 yang lalu dan aku memohon agar keadaan ini akan kekal sampai ke hari Akhirat. InsyaAllah.